Get your myspace layouts where I get them, at pYzam.com.
MySpaceLayouts

Friday, June 4, 2010

Thursday, June 3, 2010

TAYAMMUM

PENJELASAN TAYAMMUM
A. Erti Tayammum
Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan).
Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah
S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi
keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajib
disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan
melakukan ibadah.
Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah
tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut
syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau
mandi wajib .
B. Dalil Perintah Tayammum
Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima
waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam
sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk
bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.
Maksud Hadis :
Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w
bersabda: …..dan (di antara keistimewaan yang
diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan
bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang
untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk
kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak
mendapat air.
( Riwayat Muslim )
Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat
yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masingmasing.
6
C. Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum
i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk
keperluan makan minum.
ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang
dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan
dan nyawa.
D. Bahan Untuk Bertayammum
Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan
debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak
berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.
E. Hikmah Bertayammum
Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat
menggunakan air atau ketiadaan air.
F. Syarat-Syarat Sah Bertayammum
i. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
ii. Tanah debu yang suci.
iii. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah
digunakan).
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
7
v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua
kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua
bagi tangan.
vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat
sunat.
G. Rukun Tayammum
i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh
sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
ii. Menyapu Muka.
iii. Menyapu Tangan.
iv. Tertib.
H. Cara Bertayammum
Gambar (a)
i. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali
pertama untuk menyapu muka.
8
Gambar (b)
Gambar (c)
Gambar (d)
Gambar (e)
ii. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana
Allah Ta’ala .
Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan
sehingga menyentuh sebahagian muka.
iii. Menyapu muka.
iv. Selesai menyapu muka.
v. Menepuk dua tangan ke debu pada kali
kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum
menepuk kedua tapak tangan kali kedua,
hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan
terlebih dahulu.
dari debu tanah yang telah digunakan).
9
Gambar (f)
Gambar (g)
Gambar (h)
Gambar (i)
vi. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak
tangan kanan dengan empat perut jari
tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari)
hingga naik ke siku.
vii. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke
hujung ibu jari.
viii. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan
dengan empat perut jari tangan kanan (selain
ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
ix. Menyapu tangan kiri dari
siku hingga ke hujung ibu jari.
10
Catatan:
(a) Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan
gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu ,
maka sunat sahaja menanggalkannya.
(b) Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan
ke anggota tayammum.
I. Perkara-Perkara Sunat Semasa Bertayammum
i. Membaca
ketika mula menepuk.
ii. Menyapu muka dari atas ke bawah.
iii. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari kiri.
iv. Menipiskan penggunaan debu seperti dengan cara menepuk dua tepi
tangannya.
v. Menjarangkan anak jari ketika menepuk debu.
vi. Menyelati anak-anak jari jika debu telah mengenai di antara anak-anak
jarinya. Jika tidak mengenai debu di antaranya wajiblah diselati.
vii. Jangan diangkatkan tangan ketika menyapu kecuali telah sempurna
menyapunya.
viii. Mengadap kiblat.
ix. Melebihi sapuan daripada bahagian yang wajib disapunya.
x. Sunat menanggalkan cincin yang dipakai bagi tepukan yang pertama.
xi. Membaca doa wudu’ setelah selesai tayammum.
xii. Tidak menyapu lebih daripada sekali.
xiii. Menghilangkan saki baki debu tanah yang disapu pada anggota
tayammum pada telapak tangan.
xiv. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri.
xv. Melakukannya dengan berturut-turut.
11
J. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tayammum.
i. Apabila berlaku salah satu perkara yang membatalkan wudu’.
ii. Air diperolehi sebelum memulakan sembahyang bagi mereka yang
bertayammum kerana ketiadaan air.
iii. Hilangnya merbahaya kerana sakit atau sebagainya.
iv. Keluar dari agama Islam (murtad).
3. KAEDAH / CARA TAYAMMUM / BERWUDU’ BAGI PESAKIT UNTUK
MELAKUKAN SOLAT.
Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau
rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwudu’ / bertayammum
maka mereka dikehendaki solat seperti biasa bagi menghormati waktu tanpa
wudu’ / tayammum dan tanpa mengadap kiblat mengikut kemampuan. Solatsolat
menghormati waktu wajib diqada’ secepat mungkin apabila sembuh
atau keadaan mengizinkan. Sekiranya mereka meninggal dunia dalam
keadaan belum sempat mengqada’nya maka mereka dikira sudah
melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
Bagi pesakit-pesakit yang boleh bergerak atau dalam keadaan mengizinkan ,
mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /
bertayammum adalah seperti berikut:-
A. Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena
air.
Lihat gambar
12
Cara pertama:
a. Berniat mengambil wudu’ .
b. Membasuh muka yang sihat dan sapukan air di atas pembalut /
plaster.
c. Bertayammum bagi menggantikan tempat yang tidak boleh
kena air.
d. Membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
membasuh kaki.
Cara kedua:
i. Dimulakan dengan tayammum .
ii. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.
B. Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena
air dan debu.
Cara pertama:
i. Berniat bertayammum semasa mengangkat tangan
untuk menyapu debu ke anggota tangan.
ii. Menyapu tangan sehingga selesai.
Cara kedua :
iii. Berniat wudu’ semasa membasuh tangan.
iv. Membasuh tangan hingga siku.
v. Menyapu kepala.
vi. Membasuh kaki.
13
C. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.
Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.
Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki.
Lihat Gambar
D. Bagi pesakit yang kepalanya berbalut.
i. Niat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
ii. Membasuh muka.
iii. Membasuh tangan.
iv. Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
hendaklah bertayammum.
v. Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut
kepala.
vi. Membasuh kaki.
14
Lihat gambar
E. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena
air
Cara pertama
i. Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
ii. Membasuh tangan.
iii. Menyapu kepala .
iv. Bertayammum.
v. Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
menyapu air di atas balutan kaki.
Cara kedua
i. Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
ii. Membasuh tangan.
iii. Menyapu kepala .
iv. Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan
kaki.
v. Bertayammum.
Lihat gambar
15
Perhatian
a. Bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air
Solat wajib diqada’ kerana muka adalah anggota tayammum
yang tidak dapat disempurnakan.
b. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air
Solat wajib diqada’ kerana tangan adalah anggota wudu’ dan
tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
c. Bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air
Solat tidak wajib diqada’ jika pembalutnya tidak meliputi had kepala
yang memadai sapu .
d. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak
boleh kena air
Solat tidak wajib diqada’ jika pembalut itu tidak melebihi had yang
diperlukan.
4. KAEDAH SOLAT ORANG SAKIT / UZUR
A. Kemudahan (Rukhsah)
Orang sakit dikehendaki mengerjakan solat mengikut apa cara
yang termampu. Sekiranya tidak mampu berdiri bolehlah solat
sambil duduk. Jika tidak mampu duduk maka hendaklah mengiring
di atas rusuk kanan/kiri dan menghadapkan dada dan mukanya ke
arah kiblat. Jika tidak boleh mengiring maka hendaklah melentang
dengan kakinya menghadap kiblat dan kepala diangkat sedikit.
Dalam keadaan tidak mampu melakukan ruku’ dan sujud maka
solatlah dengan isyarat kepala sahaja atau dengan mata apabila
tidak mampu dengan kepala. Seterusnya dengan hati sahaja
sekiranya tidak mampu dengan mata.
16
B. Dalil Rukhsah Solat
Maksud Hadis:
Dari Imran bin Hashin (r.a) telah berkata Adalah aku
menghidap buasir maka aku bertanya Rasulullah s.a.w.
dari hal solat, maka berkata Rasulullah s.a.w. Solatlah
dalam keadaan berdiri, maka jika kamu tidak mampu,
hendaklah kamu duduk, jika kamu tidak mampu maka
hendaklah kamu mengiring..
( Riwayat al Bukhari )
C. Cara Solat Sambil Duduk
Gambar (a)
Gambar (b)
i. Duduk menghadap kiblat mengikut
keselesaan pesakit. Sebaik-baik solat duduk
ialah duduk iftirash seperti dalam gambar (a).
ii. Takbiratul Ihram seperti di gambar (b).
17
Gambar (c)
Gambar (d)
Gambar (e)
Gambar (f )
iii. Membaca al-Fatihah.
iv. Ketika ruku’ hendaklah menundukkan
kepala hingga sampai paras lutut setentang
dahi dengan hadapan sujud. Sekiranya tidak
mampu, hendaklah tunduk yang dapat
membezakan dengan perbuatan sujud.
v. Ketika I’tidal hendaklah diangkatkan kepala
semula sambil mengangkat tangan seperti
takbiratul ihram, kemudian meluruskan
kedua-dua tangan seperti pada gambar (e).
vi. Membaca Doa Qunut bagi Solat Subuh.
18
Gambar (g)
Gambar (h)
Gambar (i)
Gambar (j)
vii. Sujud dilakukan seperti biasa. Sekiranya
tidak dapat sujud seperti biasa, hendaklah
menundukkan kepala lebih sedikit daripada had
ruku’. Sekiranya masih tidak mampu , memadai
membezakan antara ruku’ dan sujud.
viii. Duduk antara dua sujud.
ix. Membaca Tahiyyat.
x. Melafazkan salam dengan berpaling muka
ke kanan.
19
Gambar (k)
D. Cara Solat Mengiring
Sebaik-baik solat ini ialah dengan mengiring atas rusuk kanan dengan
menghadapkan dada dan muka ke arah kiblat.
Lihat gambar dibawah.
Gambar (a)
Gambar (b)
Gambar (c)
i. Berniat ketika beserta Takbiratul Ihram
dan sunat mengangkat tangan sekiranya
mampu. Kemudian membaca al-Fatihah.
ii. Ruku’ dengan menundukkan sedikit kepala
mengikut kemampuan. Lihat gambar (b).
iii. Hendaklah I’tidal dengan mengangkat kepala
semula. Lihat gambar (c).
Catatan : Bacaan doa Qunut bagi solat Subuh.
xi. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kiri.
20
Gambar (d)
Gambar (e)
Gambar (f)
Semua rukun Fi’li (perbuatan) hendaklah dilakukan dengan isyarat
kepala sekiranya tidak mampu dengan mata sahaja. Jika tidak
terdaya hendaklah dilakukan dalam hati.
E. Cara Solat Melentang
Orang yang solat melentang dikehendaki meluruskan kedua-dua kakinya
ke arah kiblat dan meninggikan kepala supaya terangkat sedikit untuk
menghadap kiblat. Segala pergerakan solat itu dilakukan dengan isyarat
kepala . Sekiranya tidak mampu dengan kepala maka dengan isyarat
mata. Manakala orang-orang yang tidak berdaya langsung, hendaklah ia
ingat kelakuan pergerakan rukun solat dalam hatinya mengikut tertib.
v. Duduk antara dua sujud dengan
keadaan mengiring seperti kedudukan
asal.
iv Sujud dengan menundukkan kepala lebih
daripada kadar ruku’ jika ia mampu.
Sekiranya tidak berdaya lakukanlah setakat
mana ia terdaya.
vi. Membaca Tahiyyat dan memberi salam
seperti dalam gambar (f).
21
(Lihat gambar di bawah).
D . Solat Duduk Di Atas Kerusi.
Solat duduk atas kerusi seperti berikut.
Gambar (a)
Gambar (b)
Gambar (c)
iii. Membaca al-Fatihah dan Surah dalam
keadaan duduk dan tangan kanan diletakkan
di atas tangan kiri .
ii Berniat solat ketika melafazkan Takbiratul Ihram
dengan mengangkat tangan seperti di gambar (b).
i. Duduk tegak mengikut keselesaan pesakit
dengan meluruskan badan dan tangan seperti
pada gambar (a).
22
Gambar (d)
Gambar (e)
Gambar (f)
Gambar (g)
iv. Ruku’ dengan menundukkan kepala
sehingga dahinya berbetulan hadapan
lututnya atau sekadar yang termampu .
v. I’tidal dengan mengangkat kepala
dan meluruskan badan dan
tangan.
vii. Sujud dengan menundukkan kepala dan
badan seboleh-bolehnya dahi di bawah
paras lutut sekiranya mampu. Perbuatan
sujud dan ruku’ hendaklah ada perbezaan.
vi. Bagi solat Subuh bacaan Qunut dilakukan
dengan mengangkat tangan berdoa
sekiranya mampu dan keadaan mengizinkan.
23
Gambar (h)
Gambar (i)
Gambar (j)
Gambar (k)
viii. Duduk antara dua sujud dengan
meletakkan tangan di atas paha.
.
ix. Membaca Tahiyyat dalam keadaan
meletakkan tangan di atas peha.
x. Melafazkan salam dengan berpaling muka
ke kanan.
xi. Melafazkan salam dengan berpaling muka
ke kiri.
24
5. PERHATIAN
A. Solat Yang Wajib Diqada’
Jika berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut:
i. Pembalut dibalut pada anggota tayammum sama ada ketika
berhadas atau bersuci.
ii. Pembalut itu dibalut dalam keadaan tidak berwudu’ sama
ada anggota tayammum atau lainnya.(Mazhab Hanafi dan
Mazhab Maliki tidak mensyaratkan toharah ketika dibalut).
iii. Apabila pembalut melebihi dari had yang diperlukan sama
ada dibalut ketika berhadas atau bersuci.
B. Solat Yang Tidak Wajib Diqada’
i. Bukan anggota tayammum.
ii. Dibalut dalam keadaan suci dan berwudu’.
iii. Pembalut tidak melampaui anggota yang sihat melebihi had
yang diperlukan.
C. Jumlah Tayammum Mengikut Jumlah Anggota Yang Sakit
i. Sekiranya satu atau semua anggota wuduknya tercedera
wajib sekali tayammum.
iii. Sekiranya dua anggota wuduknya tercedera wajib dua kali
tayammum.
iii. Sekiranya tiga anggota wuduk tercedera wajib tiga kali
tayammum.
Peringatan
i. Solat mengikut rakaat yang telah ditetapkan iaitu dua rakaat bagi
solat Subuh, empat rakaat bagi solat Zohor, ‘Asar dan Isya’, dan
tiga rakaat bagi solat Maghrib.
ii. Cara-cara yang telah ditunjukkan di dalam risalah ini adalah
panduan untuk satu rakaat sahaja.
WALLAHU A’LAM

Monday, December 14, 2009